WHITE House berkata pada Jumaat ia “bersedih” dengan berita yang mengesahkan wartawan veteran Jamal Khashoggi dibunuh di dalam konsulat Arab Saudi, tetapi tidak menyebutkan tindakan Amerika Syarikat terhadap sekutu utamanya itu.
Dalam reaksi awal AS terhadap pengakuan Arab Saudi itu, jurucakap White House, Sarah Sanders berkata Washington “maklum dengan pengumuman itu.”
“Kami akan terus mengikuti penyiasatan antarabangsa berhubung insiden tragis ini dan menyokong tindakan undang-undang yang tepat pada masanya, telus dan selaras dengan semua proses yang wajar,” katanya.
“Kami berasa sedih mendengar pengesahan kematian Encik Khashoggi, dan mengucapkan takziah kepada keluarga, tunang dan rakan-rakannya.” – AFP, 20 Oktober, 2018.
Komen