Pemburu India diarah tembak mati gajah ganas


Gajah yang mengganas di Bihar mmenyebabkan 15 kematian memaksa keputusan untuk menembaknya hingga mati diambil.– Gambar EPA, 11 Ogos, 2017

PEMBURU India menjalankan operasi memburu gajah “pembunuh bersiri” yang menyebabkan kematian 15 penduduk selepas selepas kampung mereka dirempuh gajah terbabit.

Kerajaan India menggunakan khidmat penembak tepat Nawab Shafat Ali untuk memburu gajah pembunuh yang turut menghempap sampai mati empat orang di timur Bihar pada Mac sebelum masuk ke kawasan Jharkhand dan membunuh 11 orang lagi.

Ketua konservasi hidupan liar dan hutan Jharkhand L.R Singh berkata keputusan untuk membunuh haiwan itu dibuat selepas penggunaan ubat pelali gagal menumbangkan haiwan itu.

Singh berkata kawasan berbatu dan berbukit serta hutan yang tebal menyukarkan pemburuan.

“Jarak penglihatan hanya 15 kaki menyebabkan sukar untuk menembak haiwan itu,” katanya kepada AFP.

“Ia membunuh banyak nyawa. Sudah dua kematian dilaporkan sejak empat jam lalu.

“Selepas pelbagai usaha dibuat jabatan perhutanan dan kakitangan bekerja 24 jam seminggu, kami terpaksa membuat keputusan untuk menembak mati haiwan ini,” tambahnya. – AFP, 11 Ogos, 2017


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen