Dua pekerja maut dihempap kren tumbang


Desmond Davidson

Anggota bomba bertungkus lumus mengeluarkan mayat yang tersepit. – Gambar The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2017

DUA pekerja binaan di sebuah tapak pembinaan perumahan di  Kota Samarahan terbunuh dihempap tiang sebuah kren tumbang lewat petang ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mereka menggunakan dua jentolak di tapak pembinaan Taman Capital Tanjung Tuang itu untuk mengangkat tiang kren bagi membolehkan usaha mengeluarkan mayat mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita.

Pihak berkuasa mengenal pasti mangsa sebagai Muhammad Bake, 49, dari Kampung Melayu, Samarahan dan Helen Suma Gilbert dari Kampung Moyan Lidang, Asajaya.

Polis masih menyiasat punca kejadian yang berlaku pada pukul 3 petang dan tidak menolak kemungkinan ia akibat keadaan tanah yang lembut selepas hujan. – 11 Ogos, 2017


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen