GUAM yang bergantung sepenuhnya kepada sektor pelancongan mendapat publisiti berikutan ancaman daripada Korea Utara sekaligus menarik pelancong untuk ke pulau itu.
Ancaman Pyongyang untuk melancarkan empat peluru berpandu berhampiran wilayah Amerika Syarikat itu menimbulkan persoalan di peringkat global di mana pencariannya di laman sosial dan internet meningkat dengan persoalan, “Apa itu Guam?”
Walaupun Guam menempatkan pangkalan AS dengan 6,000 tentera, menjadikan sasaran Korea Utara, pihak berkuasa pelancongannya menolak sebarang kemungkinan bahaya ke atas pulau itu.
“Keadaannya agak malang, namun ia merupakan peluang terbaik untuk kami mendidik dunia mengenai Guam dan budaya kami, tentang di mana kami dan siapa kami,” kata pengarah pemasaran Biro Pelawat Guam, Josh Tyquiengco.
“Guam adalah lebih daripada pangkalan tentera. Kami adalah destinasi selamat buat keluarga. Kami memberi jaminan kepada pelawat kami terus selamat…tempat untk dilawati,” kata Tyquiengco kepada AFP.
Walaupun Korea Utara mengancam untuk mengatur pelan dalam beberapa hari ia akan menjadikan Guam diselubungi ketakutan, namun potensi serangan itu tidak menghalang oelancong untuk terus mebgunjungi Guam, katanya.
“Kami dapati terdapat beberapa pembatalan tempahan daripada Korea Selatan, tetapi ia sangat minimum untuk memberi kesan kepada industri,” katanya.
Pesawat demi pesawat dilihat mendarat di Guam membawa pelancong di lapangan terbang antarabangsanya, pelancong dilihat tidak terkesan dengan potensi serangan peluru berpandu. – AFP, 11 Ogos, 2017
Komen