PELAMPAU Hindu yang menghalau dua perempuan dari kuil bersejarah di India bagi menjaga kesucian kuil itu tetap dengan pendirian mereka walaupun 100 orang polis rusuhan berkumpul di kawasan tersebut.
Kuil Sabarimala di Kerala telah menjadi tumpuan ekoran pertembungan atas nama kesamarataan jantina, menyebabkan tradisionalis agama Hindu bersikap vokal terhadap suara progresif yang mahu agama Hindu menjadi lebih liberal.
Keputusan Mahkamah Agung untuk menghentikan pengharaman perempuan yang masih mengalami haid - antara 10 dan 50 tahun - daripada mengunjungi kuil tersebut mencetuskan beberapa demonstrasi kekerasan di jalanraya.
Pada hari Jumaat, wartawan Kavitha Jakkal dan aktivis Rehana Fatima hanya 500 meter dari 18 langkah terakhir menuju ke kuil Dewa Ayyappa di Sabarimala namun terpaksa mundur.
“Kami telah memberitahu para penganut wanita tentang keadaan itu, mereka akan kembali,” S. Sreejith, seorang pegawai kanan polis di Kerala, memberitahu media tempatan.
Sekitar 100 polis rusuhan India telah mengiringi wanita ke kuil itu, mereka menghadapi serangan daripada pelampau Hindu yang membantah kehadiran wanita.
Wartawan itu memakai topi keledar diiringi polis lengkap berperisai menaiki bukit curam ke Sabarimala.
Bagaimanapun pelampau Hindu menghalang mereka, di samping pemimpinnya melantunkan mantra dan slogan.
Kuil tersebut diperintahkan mahkamah Tinggi India untuk membenarkan wanita dari semua peringkat umur untuk masuk - bukan sekadar wanita tua dan dan kanak-kanak. – AFP, 19 Oktober, 2018.
Komen