Bekas pakar internet China mengaku bersalah terima rasuah


Lu Wei dilaporkan menyatakan beliau bertaubat di dalam mahkamah. – Gambar AFP, 19 Oktober, 2018.

BEKAS ketua penapisan internet China, Lu Wei, mengaku bersalah menerima rasuah sebanyak 32 juta yuan (ASD4.6 juta) hari ini.

Lu, yang menyelia penapisan dalam talian ketika menjadi ketua pentadbiran Cyberspace di China, adalah seorang pembela tegar terhadap dasar penapisan internet di China.

Pada tahun 2016, beliau meletak jawatan, dan kerajaan mengumumkan beliau disiasat kerana disyaki pecah amanah pada tahun berikutnya.

Menurut sebuah hantaran dari akaun rasmi Weibo Mahkamah Awam Ningbo, Lu didakwa menerima rasuah dari 2002 hingga separuh akhir tahun 2017.

Pendakwa berkata bahawa Lu menggunakan pengaruh dan kedudukannya di pelbagai organisasi kerajaan, termasuk Pentadbiran Cyberspace China dan Agensi Berita Xinhua, untuk membantu orang lain bagi mendapatkan manfaat.

Pada akhir perbicaraan di wilayah Zhejiang, Lu mengaku bersalah dan “bertaubat di mahkamah”, katanya.

Bekas pakar internet China itu pernah dinamakan di antara 100 orang paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time. Beliau juga pernah bertemu dengan beberapa eksekutif Silicon Valley, termasuk CEO Facebook Mark Zuckerberg, yang secara peribadi mengalu-alukan beliau ke ibu pejabat Silicon Valley pada tahun 2014. – AFP, 19 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen