Jangan ambil elaun tapi pukul pemberinya, kata pemimpin Iban


Desmond Davidson

Rumah panjang di Sarawak diketuai pemimpin-pemimpin yang dibayar elaun oleh kerajaan negeri. – Gambar EPA, 18 Oktober, 2018.

PERINTAH kerajaan Sarawak yang melarang pemimpin masyarakat dan ketua puak dari menghadiri apa-apa acara kerajaan persekutuan dan ahli politiknya tidak baru, kata ketua rumah panjang di Saratok.

“Arahan itu sudah lama ada walaupun ia dikeluarkan secara lisan.

“Saya percaya ia menjadi arahan bertulis apabila timbul beberapa kekaburan selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan,” kata ketua masyarakat Iban, yang tidak mahu namanya didedahkan.

Saratok, sebuah daerah di tengah Sarawak kira-kira 213 km dari Kuching, kini memiliki Ali Biju sebagai ahli parlimenn kawasan mereka.

DUN dan bandar terbesar di sana juga diwakili orang yang sama.

Ketua-ketua masyarakat itu berkata ketika Biju bertemu semua pemimpin masyarakat dan kepala rumah panjang di kawasan baru-baru ini, ramai dari mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“Mungkin itu salah satu sebab mengapa arahan ini ditulis.”

Arahan dalam bentuk memo itu, dilaporkan The Malaysian Insight hari ini, ia ditandatangani pada tarikh 11 Oktober oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Ia kemudian diedarkan kepada penduduk (ketua-ketua pentadbiran) yang terdiri daripada 12 bahagian pentadbiran negeri.

Sebab memo larangan itu dikeluarkan atas alasan menjaga ketua masyarakat di Sarawak terus “(bersikap) neutral dan jauh dari politik”.

Memo itu menyatakan bahawa jika ada keraguan, para pemimpin masyarakat harus merujuk kepada penduduk mereka untuk mendapatkan penjelasan.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan arahan itu. Ia tidak pernah menghalang saya dalam menjalankan tugas saya. Jangan ambil elaun dengan satu tangan dan kemudian memukul kerajaan yang membayar elaun dengan yang lain,” kata ketua rumah panjang Saratok itu.

Katanya kerana mereka dibayar kerajaan negeri dan bukan Putrajaya, maka mereka bertanggungjawab untuk mematuhi arahan pembayae elaun mereka.

Adun Pending daripada DAP Violet Yong sebelum ini menyelar arahan itu dan menyifatkan ia sebagai “kebudak-budakan”, dan “tidak bertanggungjawab” di samping langkah tersebut akan “menafikan hak pemimpin masyarakat untuk melaksanakan kewajipan mereka secara bebas”.

Beliau berkata pemimpin masyarakat adalah perantara antara rakyat dan kerajaan, arahan seperti itu akan meletakkan kerajaan dalam keadaan yang sukar.

Ketua rumah panjang itu bagaimanapun tidak bersetuju, beliau mengatakan tidak ada perkara yang boleh menghalang ahli parlimen atau ahli politik pembangkang daripada datang ke rumah panjang mereka.

Beliau berkata jika Biju “sentiasa dialu-alukan” jika beliau datang ke rumah panjangnya untuk berjumpa dengan orang-orang di sana dan mengadakan rapat umum, termasuk dalam politik.Kenapa tidak orang lain.

“Malah orang-orang dari PAS boleh datang dan ‘berandau’ (Bahasa Iban bermaksud berbual). Tetapi jika mereka datang untuk merekrut keanggotaan atau mengubah agama orang, saya boleh gunakan kuasa saya sebagai ketua untuk memberitahu mereka supaya meninggalkan tempat ini jika tindakan mereka menimbulkan perselisihan dan ketidakselesaan di rumah panjang.”. – 19 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen