NGO pilihan raya Bersih 2.0 menuntut agar lima pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang perkhidmatannya telah ditamatkan lebih awal, segera meninggalkan jabatan itu daripada menunggu sehingga 1 Januari depan.
“Kami mengalu-alukan langkah terhadap lima pegawai itu. Kami harap mereka segera keluar daripada jabatan. Jangan tunggu sehingga 1 Januari,” kata Bersih dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pemandunya.
Bersih, yang agresif menuntut penyingkiran sepenuhnya semua ahli lembaga SPR setelah kerajaan baru mengambil alih Putrajaya, mengalu-alukan langkah yang diumumkan Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun semalam.
Bersih berkata peletakan jawatan itu akan memastikan mereka tidak akan menjadi penghalang bagi dalam proses pembaharuan SPR.
Lima daripada tujuh pegawai yang ditamatkan perkhidmatan lebih awal termasuklah Timbalan Pengerusi Othman Mahmood Md Yusop Mansur, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi dan Leo Chong Cheong.
Cuma seorang daripada mereka, K. Bala Singam, enggan meletak jawatan.
Bersih berkata penyingkiran lima pegawai itu adalah “kemenangan besar” bagi rakyat yang berjuang sejak lama bagi sebuah suruhanjaya pilihan raya yang bebas dan adil.
Bersih menambah bahawa dengan meletak jawatan serta merta, membuatkan para pegawai itu tidak tertakluk kepada tribunal siasatan salah laku dan penyalahgunaan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Tetapi ia menambah bahawa jika Bala Singam sahaja yang dibawa ke hadapan tribunal tersebut, proses siasatan terhadapnya harus diteruskan.
“Dengan proses itu, rakyat dapat menentukan siapa yang harus bertanggungjawab atas salah laku ketika PRU14 berlangsung.”
Singam, yang dilantik sebagai pegawai SPR pada tahun 2016, dilaporkan terlibat dalam penyempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya di Selangor sebelum pilihan raya dijalankan. – 19 Oktober, 2018.
Komen