Trump ugut hantar tentera tutup sempadan AS-Mexico


Memandangkan ribuan migran Honduras kini bergerak ke Amerika Tengah untuk ke sempadan Amerika Syarikat, Donald Trump menyalahkan pihak Demokrat kerana didakwa menggunakan "Guatemala, Honduras dan El Salvador untuk menyerang negara AS". – Gambar EPA, 19 Oktober, 2018.

PRESIDEN Donald Trump mengugut akan menghantar pasukan tentera untuk menutup sempadan Amerika Syarikat-Mexico, yang disifatkan satu lagi retorik beliau menjelang pilihan raya kongres.

Memandangkan ribuan migran Honduras kini bergerak ke Amerika Tengah untuk ke sempadan Amerika Syarikat, Trump menyalahkan pihak Demokrat kerana didakwa menggunakan “Guatemala, Honduras dan El Salvador untuk menyerang negara AS”.

“Saya minta Mexico menghentikan kemasukan itu - jika tidak akan mengarahkan tentera AS menutup pintu utama di bahagian selatan itu,” tegas Trump.

Sebelum ini pada Khamis Trump memberi amaran bantuan bernilai jutaan dolar kepada Honduras akan dihentikan, jika sekumpulan 2,000 migran negara itu terus cuba memasuki AS.

Amaran sama turut diberikan kepada Guatemala dan El Salvador. 

Mesej presiden itu adalah sebahagian strategi untuk mengetatkan peraturan kemasukan migran dan memerangi pendatang tanpa izin. – Bernama, 19 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen