Venezuela, Ecuador saling usir duta


Krisis ekonomi Venezuela menyebabkan ramai rakyatnya melarikan diri ke negara jiran, sehingga menegangkan hubungan diplomatik. – Gambar EPA, 19 Oktober, 2018.

VENEZUELA semalam mengarahkan diplomat tertinggi Ecuador di Caracass meninggalkan negara itu, beberapa selepas Quito mengusir duta Venezuela kerana kenyataan “menyinggung” terhadap presidennya.

Venezuela berkata ia “terpaksa mengambil tindakan balas terhadap Duta Ecuador di Venezuela Elizabeth Mendez yang diisytiharkan persona non- grata dan diberikan 72 jam untuk meninggalkan negara.”

Tindakan itu diambil selepas Ecuador mengusir Duta Venezuela Carol Delgado pada awam Khamis kerana kenyataan “menyinggung” dibuat terhadap Presiden Lenin Moreno oleh menteri kerajaan Venezuela.

Menteri Maklumat dan Komunikasi Jorge Raodriguez menuduh Moreno berbohong mengenai jumlah warga Venezuela yang memasuki Ecuador kerana melarikan diri daripada kegawatan ekonomi negara itu.

“Saya kaku mendengar seorang presiden negara benua ini kerana saya tak boleh percaya dia seorang penipu,” kata Rodriguez pada Rabu merujuk kepada dakwaan yang hampir 6,000 warga Venezuela yang tidak sihat memasuki Ecuador setiap hari.

Ecuador berkata ia “tidak akan bertolak ansur terhadap sikap tidak hormat terhadap pihak berkuasa kami”, menambah ia akan tetap membantu warga Venezuela yang memasuki negara itu. – AFP, 19 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen