Putin salahkan 'globalisasi' berhubung tragedi tembakan di Crimea


President Rusia Vladimir Putin mengatakan kandungan internet boleh mempengaruhi orang muda. – Gambar EPA, 18 Oktober, 2018.

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin hari ini berkata tragedi tembakan rambang Crimea semalam adalah hasil daripada “globalisasi” dan kesinambungan daripada trend yang berlaku di Amerika Syarikat.

“Ini adalah hasil daripada globalisasi. Di media sosial, di internet, kita lihat bahawa terdapat komuniti yang keseluruhannya dicipta. Semuanya bermula dengan peristiwa tragis di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat,” katanya ketika berucap di sebuah forum di Sochi.

Beliau berkata golongan muda yang tidak stabil mencipta “wira-wira palsu untuk diri sendiri” dan “dan cuba menjadi jasad heroisme” tanpa melihat realiti sebenar.

“Kita tidak mencipta kandungan sihat (dalam internet) untuk golongan muda ... Dan ia menghasilkan kepada tragedi seperti ini,” katanya.

“Tetapi ada tempat untuk heroisme dalam kehidupan hari ini,” katanya.

Seorang lelaki berusia 18 tahun yang dikenal pasti sebagai Vladislav Roslyakov pada Rabu membunuh sekurang-kurangnya 20 pelajar di sebuah kolej di Moscow sebelum membunuh dirinya sendiri.

Lebih 40 orang lagi cedera di dalam kejadian yang digelar akhbar tempatan sebagai “Russia’s Columbine”, merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai sebuah sekolah tinggi di Amerika Syarikat pada tahun 1999.

Pihak berkuasa berkata mereka sedang berusaha untuk menyiasat motif serangan itu.

Seorang bekas teman wanita suspek memberitahu media Rusia Roslyakov telah bercakap kepadanya tentang membalas dendam terhadap pembuli di sekolah tersebut. – AFP,18 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen