LEBIH 6,000 orang dipindahkan selepas sebuah tasik sawar terbentuk susulan insiden tanah runtuh di Sungai Yarlung Tsangpo di Wilayah Autonomi Tibet yang terletak di barat daya China, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.
Menurut ibu pejabat bantuan bencana tempatan pada Khamis, insiden tanah runtuh yang melanda kawasan berhampiran sebuah kampung di Menling County pada awal pagi Rabu, menghalang laluan aliran sungai.
Jumlah air dalam tasik itu melepasi jumlah 300 juta meter padu.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Pihak berkuasa di Tibet melancarkan satu respons kecemasan dengan memantau paras air tasik itu, memindahkan penduduk tempatan dan menghantar bekalan bantuan di kawasan yang dilanda bencana. – Bernama, 18 Oktober, 2018.
Komen