3 polis maut diserang hendap di utara Filipina


TIGA anggota polis terbunuh manakala tiga lagi cedera pada Khamis dalam satu insiden serangan hendap di bahu sebatang jalan dalam Wilayah Camarines Sur di utara Filipina, lapor agensi berita China Xinhua.

Anggota polis terbabit sedang mengiringi Ketua Pengarah Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Nela Charade Puno ketika konvoi mereka diserang hendap pada kira-kira 9 pagi waktu tempatan di sebuah pekan yang terletak di selatan Luzon.

Setiausaha Kesihatan Francisco Duque berkata Puno dan pasukannya dalam perjalanan ke sebuah pekan bernama Daet dalam wilayah Camarines Norte ketika kenderaan konvoi mereka ditembak oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Duque berkata Puno dan pasukannya “tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke lokasi yang selamat”.

Polis berkata serangan itu mungkin didalangi pemberontak. – Bernama, 18 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen