LIMA askar Czech cedera dalam sebuah serangan di Afghanistan.
Serangan itu berlaku hanya dua bulan selepas tiga orang yang lain terbunuh, kata sebuah kenyataan Kementerian Pertahanan Czech pada hari ini.
“Serangan ke atas rondaan Czech berlaku pada Rabu berhampiran pangkalan Bagram di daerah Parwan,” kata kenyataan itu.
Lima anggota tentera itu cedera apabila kenderaan awam yang sarat dengan bahan letupan diletupkan berhampiran sebuah kenderaan berperisai yang kemudian terbalik akibat serangan tersebut, tambahnya.
Seorang askar yang mengalami kecederaan serius menjalani pembedahan dan dilaporkan stabil.
Seorang lagi yang mengalami kecederaan ringan masih berada di hospital manakala tiga lagi dibenarkan keluar, kata kementerian itu.
Pada 5 Ogos, tiga tentera Czech terbunuh dalam pengeboman bunuh diri semasa rondaan di wilayah Parwan bersama seorang askar AS dan dua tentera Afghanistan, yang cedera. Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Ia adalah serangan paling dahsyat terhadap tentera NATO dalam beberapa bulan.– AFP, 18 Oktober, 2018.
Komen