MENTERI Luar Perancis Minister Bruno Le Maire menarik diri daripada persidangan pelaburan utama di Arab Saudi susulan kes kehilangan wartawan Saudi Jamal Khashoggi.
“Saya tidak akan ke Riyadh minggu depan,” kata Le Maire sambil menambah situasi terkini di Arab Saudi tidak membolehkan beliau ke negara itu.
Menteri itu mengulangi kenyataan Presiden Emmanuel Macron berhubung kes kehilangan Khashoggi yang disifatkan sebagai isu serius.
Le Maire merupakan pegawai kanan kerajaan Barat pertama yang menarik diri daripada Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Riyadh yang berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober ini.
Setiausaha Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Steven Mnuchin berkata beliau akan membuat keputusan sama ada menghadiri persidangan itu dalam tempoh terdekat.
Beberapa syarikat gergasi dan media Barat sudah menarik diri dari persidangan itu yang dianjurkan oleh Arab Saudi.
Khashoggi, yang hidup dalam buangan di AS dilaporkan hilang selepas memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.
Wartawan itu amat dikenali dengan corak penulisannya yang sering mengkritik dasar Arab Saudi.
Sumber kerajaan Turki mendakwa Khashoggi telah dibunuh ketika memasuki konsulat itu, tetapi dakwaan itu dinafikan oleh Riyadh. – AFP, 18 Oktober, 2018.
Komen