PERKHIDMATAN Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Othman Mahmood dan empat lagi pesuruhjaya akan ditamatkan lebih awal berkuatkuasa 1 Januari 2019.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata keputusan memendekkan tempoh perkhidmatan mereka selaras dengan Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan.
“Keputusan itu dicapai dan dipersetujui oleh pihak terlibat dalam perbincangan yang diadakan pada 15 Oktober 2018 sebelum laporan berita pada 17 Oktober berhubung penubuhan tribunal khas,” katanya.
Azhar merujuk kepada laporan penubuhan tribunal oleh kerajaan untuk menyiasat kesalahan yang dilakukan oleh SPR ketika mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-14.
Empat pesuruhjaya SPR yang ditamatkan tempoh perkhidmatan lebih awal adalah Md Yusop Mansur, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi dan Leo Chong Cheong.
Bagaimanapun Pesuruhjaya Bala Singam akan meneruskan perkhidmatannya mengikut tempoh yang ditetapkan.
Azhar berkata sepucuk surat yang menyatakan penamatan khidmat kelima-lima pegawai SPR itu akan dihantar kepada Yang Di-Pertuan Agong hari ini.
Langkah itu percayai diambil sebagai sebahagian usaha kerajaan Pakatan Haram untuk membersihkan SPR dan membuang pegawai yang disyaki melakukan kesalahan. – 18 Oktober, 2018.
Komen