Angka kematian banjir kilat di Majorca meningkat 


Anggota pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mayat mangsa yang hilang dalam kejadiab banjir kilat di Majorca, Sepanyol.– Gambar EPA, 17 Oktober, 2018

JUMLAH angka korban banjir kilat si Majorca Sepanyol minggu lalu meningkat kepada 13 orang pada Rabu, selepas mayat kanak-kanak lelaki yang hilang ditemui. 

Mayat kanak-kanak terbabit ditemui selepas lebih seminggu operasi pencarian dijalankan di Sant Llorenc des Cardassar yang merupakan salah satu kawasan yang paling teruk terjejas. 

Kanak-kanak malang itu berada di dalam kereta bersama ibu dan kakaknya sebelum kenderaan mereka dilanda banjir kilat berikutan limpahan air sungai berhampiran pada 9 Oktober lalu. 

Kakaknya bagaimanapun terselamat selepas diselamatkan oleh ibunya yang turut terkorban dalam kejadian itu. 

Mayat kanak-kanak itu ditemui tidak jauh dari lokasi mayat ibunya dijumpai.

Kesemua 13 mangsa yang terkorban akibat kejadian itu termasuk pasangan warga emas dari Britain, pemandu teksi mereka, dan seorang wartawan Jerman yang sedang bercuti. – AFP, 17 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen