PIHAK berkuasa Pakistan hari ini menggantung seorang lelaki yang disabitkan bersalah merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun, dalam satu satu kejadian yang menggemparkan sehingga mencetuskan rusuhan pada awal tahun ini.
Rakaman CCTV yang disiarkan di kaca televisyen menunjukkan kanak-kanak itu - Zainab Fatima Ameen – berjalan bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Ia dikatakan saat-saat terkahir sebelum Zainab dibunuh.
Imran Ali, 24, dijatuhi empat hukuman mati berasingan bagi kesalahan merogol dan membunuh yang dilakukan di timur Kasur pada Januari.
Dia mengaku bersalah bagi lapan serangan terhadap kanak-kanak di bandar Kasur, termasuk lima pembunuhan.
“Dia digantung pagi tadi di depan seorang pegawai penjara dan bapa mangsa,” kata pegawai di pusat penjara Lahore, lokasi hukuman mati dilaksanakan.
“Mayatnya diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.”
Keluarga Zainab menuntut hukuma terhadap Ali itu dilaksanakan di khalayak ramai, yang kemudian ditolak oleh Mahkamah Tinggi Lahore semalam.
“Saya lega keadilan ditegakkan tetapi saya tidak puas hati kerana dia tidak digantung di khalayak ramai,” kata bapa Zainab, Ameen Ansari kepada media selepas pelaksanaan hukuman.
Pembunuhan kanak-kanak malang itu mencetuskan kemarahan di seluruh Pakistan. Keganasan meletus di Kasur, di mana bribu orang menyerbu bali polis dan membakar rumah ahli-ahli politik, manakala media sosial dipenuhi dengan tuntutan supaya tindakan segera diambil terhadap Ali.
Sekurang-kurangnya 12 kes rogol direkodkan di Kasur sejak dua tahun lepas. Ali mengaku bersalah atas lapan kes, manakala polis masih belum menyelesaikan empat lagi kes.
Sebelum ini lagi, Kasur sudahpun terkenal dengan kes penderaan seksual selepas pihak berkuasa memberkas kes pedophilia terbesar di bandar itu pada 2015. – AFP, 17 Oktober, 2018.
Komen