Rakaman menunjukkan wartawan Arab Saudi 'dipenggal', menurut laporan 


Konsulat Arab Saudi di Istanbul digeledah pihak berkuasa Turki yang menyiasat kehilangan wartawan Jamal Khashoggi. – Gambar EPA, 17 Oktober, 2018

WARTAWAN Arab Saudi Jamal Khashoggi diseksa sebelum dipenggal di konsulat Riyadh di Istanbul, lapor media pro-kerajaan Yeni Safak pada Rabu, dan mengatakan ia telah mendengar rakaman audio.

Pembunuh Khashoggi didakwa menyeksa wartawan itu ketika soal siasat dengan memotong jarinya, menurut Yeni Safak, yang mendakwa pihaknya mendengar beberapa rakaman insiden berkenaan.

Akhbar itu melaporkan, Khashoggi, yang juga wartawan sambilan Washington Post, kemudiannya dipenggal.

Khashoggi dilaporkan hilang selepas memasuki konsulat terbabit untuk mendapatkan dokumen rasmi perkahwwinan dnegan tunangnya warga Turki. Polis Turki pula percaya Khashoggi dibunuh oleh pasukan khas yang terdiri daripada 15 pegawai Arab Saudi, namun Riyadh menolak dakwaan itu dan mendakwa ia tuduhan tidak berasas.

The Washington Post sebelum ini memetik pegawai Amerika Syarikat dan Turki yang enggan dinamakan mengenai rakaman video yang membuktiikan Khashoggi dibunuh di dalam konsulat dan kemudian dikerat. Namun ini merupakan kali pertama media Turki mendakwa sudah mendengar rakaman terbabit.

Akhbar pro-kerajaan, Sabah melaporkan minggu lalu, jam tangan pintar milik Khashoggi merakam proses soal siasat, penyeksaan dan pembunuhan berkenaan, walaupun beberapa pakar mengatakan tidak mungkin jam berkenaan boleh merakam apa yang berlaku.

Menurut Yeni Sadak, suara konsul Arab Saudi ke Istanbul, Mohammed al-Otaibi, boleh didengar dalam salah satu rakaman ketika penyeksaan Khashoggi: “Buat ini di luar. Kamu akan beri masalah kepada saya.”

Akhabr itu juga melaporkan salam satu lagi rakaman, terdapat suara individu yang tidak dikenali memberitahu Otaibi: “Jika kamu mahu hidup bila pulang ke Arab Saudi, diam!”

Yeni Safak bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana rakaman berkenaan wujud atau bagaimana ia diperoleh mereka.

Otaibi meninggalkan Istanbul pada Selasa kembali ke Riyadh ketika terdapat rancangan untuk menggeledah kediamannya sebagai sebahagian daripada penyiasatan pihak berkuasa Turki berhubung kehilangan Khashoggi. – AFP, 17 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen