Gempa sederhana gegar barat Iran


Menurut Pusat Seismologi Institut Geofizik Universiti Tehran, gempa bumi yang berlaku har ini melibatkan kedalaman 10 kilometer. – Gambar EPA, 17 Oktober, 2018.

GEMPA berukuran 4.9 skala Richter menggegar Qasr-e Shirin di Wilayah Kermanshah, Iran pada Rabu, lapor agensi berita Iran (IRNA).

Menurut Pusat Seismologi Institut Geofizik Universiti Tehran, gegaran berlaku pada 6.46 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 10 kilometer.

Setakat ini tiada laporan kecederaan atau kerosakan harta benda.

Pada 12 November 2017,  gempa berukuran 7.3 magnitud menggoncang bandar di Wilayah Salas Babajani, meragut 620 nyawa serta mencederakan kira-kira 12,000 yang lain. – Bernama, 17 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen