TAUFAN Michael meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di empat negeri, ketika ribut itu bergerak ke seluruh tenggara Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, menurut anggaran terbaru semalam.
Serif Tommy Ford berkata 12 mayat ditemui di Daerah bay, Florida, menjadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada 20 di negeri itu.
Ribut Kategori 4 itu, yang pada asalnya tiba di sepanjang pantai Teluk Mexico di Florida dengan angin selaju 250km sejam, turut menyebabkan satu kematian di Georgia, tiga di Carolina Utara dan enam di Virginia.
Taufan Michael memusnahkan sebahagian Florida, dan pihak berkuasa bimbang angka kematian akan meningkat ketika operasi mencari berterusan di kawasan paling teruk terjejas.
Hampir 137,000 rumah dan premis perniagaan di negeri itu masih mengalami gangguan bekalan elektrik semalam, dan beberapa pusat pengedaran air dan makanan masih ada untuk memenuhi keperluan penduduk terjejas di seluruh Florida.
Beberapa kawasan melaksanakan perintah berkurung dan kebanyakan sekolah di kawasan terjejas masih ditutup sehingga notis baharu dikeluarkan. – AFP, 17 Oktober, 2018.
Komen