Konsulat Arab Saudi di Turki kembali ke Riyadh 


Konsulat Arab Saudi di Turki digeledah polis dan pendakwa raya berhubung kehilangan wartawan Jamal Khashoggi. – Gambar EPA, 16 Oktober, 2018

KONSULAT Arab Saudi di Istanbul pada Selada meninggalkan Turki dan kembali ke Riyadh menerusi penerbangan yang dijadualkan, menurut laporan, ketika Turki sedia menggeledah kediamannya bagi menyiasat kehilangan wartawan Jamal Khashoggi.

Ketua konsulat Mohammed al-Otaibi berlepas ke Riyadh menerusi penerbangan dari Istanbul, lapor akhbar Haber-Turk di portalnya. Agensi berita Anadolu turut melaporkan Mohammed telah meninggalkan Turki.

Laman web Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk menunjukkan pesawat membawa bendera Arab Saudi berlepas dari Riyadh.

“Kita tidak halau beliau keluar. Beliau meninggalkan Turki atas keinginannya sendiri,” lapor CNN-Turk yang memetik kementerian luar Turki sebagai berkata.

Konsul terbabit menggunakan laluan VIP di lapangan terbang itu, kata Haber-Turk.

Polis Turki dan pendakwa raya menggeledah kedutaan Arab Saudi pada Isnin selepas Riyadh memberi lampu hijau berikutan kehilangan Khashoggi telah mencetus kemarahan global sejak 2 Oktober lalu.

Pasukan sama juga dijangka akan menggeledah kediaman al-Otaibi pada Selasa. – AFP, 16 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen