Macron rombak pentadbiran


Presiden Perancis Emmanuel Macron berharap rombakan ini memberi isyarat bagi permulaan baharu kerajaan. – Gambar EPA, 16 Oktober, 2018.

PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron pada Selasa membuat rombakan dalam kerajaan selepas dua minggu spekulasi mengenai perkara itu tersebar, yang akan menyaksikan bekas ahli Parlimen Sosialis Christophe Castaner diangkat sebagai menteri dalam negeri.

Rombakan tersebut terpaksa dibuat susualan peletakan jawatan bekas menteri dalam negeri Gerard Collomb pada 2 Oktober. Ia menjadi tamparan buat Macron sebagai presiden.

Castaner sejak dulu menyokong Macron dalam kempen pilihan raya presiden, kini mengetuai parti Macron iaitu Republic on the Move (LREM).

Beliau berharap hasil rombakan ini - termasuk muka-muka baharu dalam kementerian pertanian, kebudayaan dan “perpaduan sosial” - memberi isyarat bagi permulaan baharu kerajaan.

Macron yang dipalit skandal besar pada Julai apabila seorang pembantu keselamatan dirakam memukul seorang penunjuk perasaan dan tiga menteri meletak jawatan sejak September.

Ekonomi Perancis yang perlahan dan kebimbangan terhadap kuasa membeli di negara itu disusuli pula beberapa kenyataannya  yang dijadikan senjata oleh pembangkang telah menjejaskan populariti Macron.

Jumlah undi Macron merosot sejak memenangi pilihan raya pada Mei 2017. Hasil tinjaun mendapati hanya sekitar 30% pengundi Perancis positif dengan pentadbiran beliau. – AFP, 16 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen