Najib dipercayai tinggalkan ibu pejabat SPRM


Christopher Rabin

Bekas perdana menteri Najib Razak dipercayai meninggalkan ibu pejabat SPRM menerusi pintu belakang.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Oktober, 2018

BEKAS perdana menteri Najib Razak meninggalkan ibu pejabat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya kira-kira pukul 4.30 petang. 

Beliau dipercayai keluar daripada bangunan suruhanjaya itu menerusi pintu belakang menaiki sebuah kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih selepas lebih 6 jam beri keterangan.

Najib dipanggil menerusi notis segera oleh SPRM untuk soal siasat pada jam 10 pagi tadi, tidak dilihat meninggalkan bangunan itu.

Terdahulu, sumber memberitahu The Malaysian Insight, Najib disoalsiasat berhubung kes baharu melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad dan dijangka akan berdepan lebih banyak pertuduhan.

Ini merupakan kali ke lima Ahli Parlimen Pekan itu disoal siasat oleh agensi anti rasuah berkenaan. 

Beliau berdepan 32 pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa, melibatkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan “derma” RM2.6 bilion dari keluarga diraja Arab Saudi. 

Selain siasatan SPRM, Najib turut disiasat oleh polis di bawah Akta Pengubahan Wang Haram. – 16 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen