SEMBILAN banduan terbunuh selepas ahli kumpulan gengster menikam dan membelasah musuh mereka hingga mati dalam rusuhan di penjara di Mexico semalam, kata pihak berkuasa.
Pergaduhan tercetus di penjara di Reynosa, bandar berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) di timur laut Tamaulipas.
“Dua kumpulan banduan terbabit dalam pergaduhan itu, menggunakan senjata seperti batu. Sembilan banduan maut dan dua cedera,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.
Rusuhan tercetus pada hari melawat, dan pengawal memfokuskan usaha mereka melindungi keluarga banduan, kata kenyataan itu.
Polis negeri dihantar untuk mengawal keadaan, melepaskan tembakan untuk meleraikan pergaduan.
Penjara Mexico yang terlalu ramai sering dilanda rusuhan, pembunuhan balas dendam dan banduan melarikan diri, dengan gengster yang berkuasa sering mengawal penjara.
Bulan lalu, 28 banduan dipukul hingga mati oleh musuh mereka di penjara Acapulco.
Pada tahun ini, penjara di Tamaulipas, yang menempatkan pesalah jenayah dadah terbabit dalam dua kes termasuk pada Mac, 29 banduan melarikan diri menerusi terowong di Ciudad Victoria.
Pada Jun, tujuh maut termasuk tiga anggota polis selepas pegawai menyerbu penjara itu untuk mengawal banduan yang mula menyimpan senjata api. – 11 Ogos, 2017.
Komen