SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo, yang tiba di Riyadh, Arab Saudi untuk mengadakan perbincangan dengan Raja Salman berhubung kehilangan wartawan Jamal Khashoggi.
Menurut kenyataan rasmi AS, Mike Pompeo juga akan mengadakan pertemuan dengan putera mahkota Arab Saudi.
Selepas mengadakan perbincangan berhubung apa yang terjadi kepada Khashoggi yang hilang selepas memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober, Pompeo akan makan malam dengan Putera Mahkota Mohammed Salman, menurut pegawai yang enggan namanya disiarkan.
Kontroversi kehilangan Khashoggi yang merupakan warga AS yang lantang mengkritik putera mahkota negara itu, memberi kesan terhadap usaha untuk membawa pembaharuan dan merosakkan imej negara berkenaan. – AFP, 16 Oktober, 2018
Komen