SEKURANG-KURANGNYA 36 terbunuh dan 13 yang lain cedera apabila sebuah bas merempuh dinding terowong di lebuh raya di utara China.
Kemalangan berlaku di wilayah Shaanxi malam tadi selepas bas berkenaan berlepas dari Chengdu di barat daya Sichuan menuju ke pusat bandar Luoyang, menurut agensi berita Xinhua.
Xinhua melaporkan semua yang cedera dikejarkan ke hospital.
Sichuan baru saja mengalami tragedi gempa bumi mengorbankan 20 orang dan ratusan lagi cedera pada Selasa.
Kemalangan jalan raya yang membawa maut adalah perkara biasa di China, di mana undang-undang trafik sering tidak dipatuhi.
Bas bagi perjalanan jauh yang membawa lebihan penumpang di negara itu sering terdedah kepada kemalangan maut. – AFP, 11 Ogos, 2017.
Komen