Najib tiba di SPRM untuk soal siasat lagi


Hari ini sekali lagi bekas perdana menteri Najib Razak dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoal siasat berhubung skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Oktober, 2018.

BEKAS perdana menteri Najib Razak sekali lagi dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.

Najib tiba di Putrajaya jam 10 pagi tadi menurut sumber di SPRM.

Ahli Parlimen Pekan itu disiasat berhubung kes rasuah membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bermasalah dan sarat hutang.

Kehadiran beliau di ibu pejabat suruhanjaya itu adalah kali kelima untuk disoal siasat.

Bekas presiden Umno itu kini disiasat bagi pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.

Najib mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Selain disiasat SPRM, beliau turut disiasat polis. Najib disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001. – 16 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen