Lepas pengumuman hamil, Putera Harry dan Meghan lawat negara Pasifik


Putera Harry dan Meghan bermain dengan koala di Zoo Toranga ketika melawat Australia hari ini. – Gambar EPA, 16 Oktober, 2018.

PUTERA Harry dan Meghan tampil di tempat awam kali pertama sejak pengumuman kehamilan Meghan, memulakan kembara ke Pasifik hari ini dengan bergambar di depan Opera House di Sydney dan bermain dengan koala.

Putera dan isterinya yang juga kelahiran Amerika Syarikat itu disambut dalam satu acara di tentera laut Sydney.

Pasangan itu akan melakukan rangka kerja 16 hari ke Australia, New Zealand, Fiji dan Tonga.

Istana Kensington sebelum itu mengumumkan bahawa cucu Ratu Elizabeth II itu, Putera Harry, 34, dan aktres berusia 37 tahun itu akan menimang cahaya mata pada musim bunga tahun depan.

“Berita yang menggembirakan!”, kata Perdana Menteri Australia Scott Morrison menerusi Twitter.

Pasangan itu turut melawat Zoo Taronga dan dijangka menaiki bot merentasi pelabuhan di situ.

Mereka dijangka disambut mesra walaupun kaji selidik menunjukkan separuh rakyat Australia lebih suka untuk monarki diraja Britain diakhiri. – AFP, 16 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen