Israel arah tutup sekolah, pertempuran meletus di Tebing Barat


Tentera Israel bertindak menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan tunjuk perasaan di Tebing Barat. – Gambar fail AFP, 15 Oktober, 2018.

PERTEMPURAN baharu tercetus di Tebing Barat hari ini selepas askar Israel mengarahkan penutupan sebuah sekolah Palestin.

Tentera Israel berkata sekolah itu menjadi sumber keganasan sejak berbulan lalu, apabila batu dilontarkan dari kawasan itu ke arah pengguna jalan raya terutamanya pihak keselamatan dan pendatang haram Yahudi.

Sekolah itu merupakan sumber pendidikan kepada penduduk Palestin di As-Sawiya dan Al-Lubban, selatan Nablus dan terletak di jalan utama ke Tebing Barat.

Semalam Israel mengarahkan penutupan sekolah itu, tetapi pelajarnya cuba memasuki kawasan tersebut bersama beberapa kakitangan sekolah.

Namun askar Israel melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka dan ke dalam kawasan sekolah.

Empat penunjuk perasaan mengalami cedera akibat terkena peluru getah manakalan sejumlah lagi menerima kesan gas pemedih mata.

Israel menjajah Tebing Barat pada perang 1967 dan 400,000 pendatang Yahudi tinggal di kawasan penempatan haram yang dibina di tanah penduduk Palestin. – AFP, 15 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen