PEREBUTAN jawatan presiden MCA menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Dr Wee Ka Siong, Gan Ping dan Ngoo Teck Keong.
Pada awalnya, perebutan itu hanya melibatkan Wee dan Gan sebelum Ngoo tampil untuk bertanding jawatan tersebut.
Ngoo, dari bahagian MCA Beruas, bagaimanapun meninggalkan ibu pejabat parti selepas menghantar kertas pencalonannya hari ini.
Perebutan jawatan timbalan presiden menyaksikan pertembungan antara Tee Siew Kiong dan Dr Mah Hang Soon.
Jawatan ketua Pemuda pula melibatkan persaingan antara Nicole Wong Siaw Ting dan Ng Kian Nam.
Tidak seperti parti lain, sayap Pemuda MCA adalah terbuka kepada mana-mana calon tidak mengira jantina.
Buat pertama kali, sayap Wanita MCA tidak menyaksikan sebarang perebutan jawatan.
Penyandang jawatan pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie menggalas kembali jawatan itu dan dibantu oleh timbalan baharunya, Wong You Fong.
Empat naib presiden Wanita MCA adalah Wang Kim Lean, Lim Nget Yoon, Chiew Hong Lan dan Pamela Yong. – 15 Oktober, 2018.
Komen