Rundingan gencatan senjata Myanmar bermula


Aung San Suu Kyi dan Min Aung Hlaing antara wakil kerajaan Myanmar yang hadir pada rundingan damai itu. – Gambar fail EPA, 15 Oktober, 2018.

RUNDINGAN damai tiga pihak membabitkan para pegawai kerajaan, tentera dan 10 organisasi etnik bersenjata (EAO) yang menandatangani Perjanjian Gencatan Senjata Seluruh Negara (NCA), bermula di sini pada Isnin bagi menyelesaikan isu-isu sedia ada menerusi perbincangan.

Rundingan empat hari itu, sempena ulang tahun ketiga pemeteraian NCA, adalah bertujuan mengatasi kekangan yang berlaku di pelbagai peringkat perbincangan politik, menurut agensi berita China Xinhua.

Acara itu diadakan tiga bulan selepas sesi ketiga Persidangan Damai Panglong Abad ke-21 Myanmar pada Julai.

Antara hadirin dalam kalangan kepimpinan kerajaan pada upacara pembukaan ialah Penasihat Negara Aung San Suu Kyi, Panglima Perkhidmatan Pertahanan Sen-Gen Min Aung Hlaing dan Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Kayin (KNU) Saw Mutu Sae Poe, yang mewakili 10 penandatangan NCA bagi pihak EAO. – Bernama, 15 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen