60 penduduk India dijangkiti virus Zika


Virus Zika disebarkan nyamuk Aedes yang aktif pada siang hari. Gejala termasuk demam, ruam kulit, konjungtivitis, sakit otot dan sendi serta sakit kepala. Ia adalah wabak virus ketiga di India. – Gambar fail AFP, 15 Oktober, 2018.

SEBANYAK 60 kes Zika dilaporkan di India dan ramai lagi sedang didiagnosis, demikian menurut pegawai kesihatan pada Isnin.

Kebanyakan kes dicatatkan di Rajasthan barat India, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, pegawai tinggi di pejabat kesihatan Rajasthan, Veenu Gupta memberitahu media, 45 dari 60 pesakit yang dijangkiti telah pulih sepenuhnya, selebihnya masih dalam pemerhatian.

“Kegiatan pengabutan dan anti larva dipergiatkan di bandar itu,” katanya.

Sebuah bilik kawalan turut diwujudkan di Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan untuk menjalankan pemantauan secara tetap.

Virus Zika disebarkan nyamuk Aedes yang aktif pada siang hari. Gejala termasuk demam, ruam kulit, konjungtivitis, sakit otot dan sendi serta sakit kepala. Ia adalah wabak virus ketiga di India.

Wabak pertama Zika dilaporkan pada Januari 2017 di barat Gujarat yang kedua di Tamil Nadu pada tahun sama. – Bernama, 15 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen