Ribut kuat badai Perancis, 6 maut


SEKURANG-KURANGNYA enam orang maut selepas ribut kuat membadai beberapa kawasan di barat daya Perancis sehingga mengakibatkan banjir kilat.

Kesemua kematian itu dicatatkan di bandar Carcassonne yang paling teruk terjejas.

Sungai Aude di bandar itu mencapai tahap banjir buat kali pertama dalam tempoh lebih 100 tahun.

Pihak bomba menerima lebih 250 panggilan kecemasan sepanjang malam selepas banjir mengakibatkan jalan raya dan sekolah terpaksa ditutup terutamanya di Carcassonne.

Di Conques, air banjir meningkat sehingga dua meter membanjiri jalan raya.

Selain itu, ribut turut mengakibatkan banyak pokok dan tiang elektrik tumbang sehingga mengganggu lalu lintas.

Enam lagi kawasan turut dibadai ribut dari kawasan Pyrenees hingga ke Aveyron. – AFP, 15 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen