Bas dua tingkat rempuh kedai di London


Bas dua tingkat yang membawa sekumpulan peumpang merempuh kedai pereka dapur di Lavender Hill, London. – Gambar EPA, 10 Ogos, 2017.

SEPULUH orang mengalami kecederaan manakala dua terperangkap selepas sebuah bas dua tingkat merempuh sebuah kedai di Lavender Hill, barat daya London.

Pemandu bas terbabit didakwa pitam ketika kejadian dan terdapat kesan darah di dalam bas terbabit, kata saksi.

Salah seorang penumpang Amy Mullinex, yang merupakan jururawat berkata pemandu bas terbabit memberitahunya dia tidak sedarkan diri.

“Menurutnya, dia pengsan sebelum bas itu merempuh kedai, dia tidak ingat merempuh kedai itu,” katanya.

Seorang lagi penumpang, Andrew Matthews, 34 berkata, terdapat sekumpulan penumpang apabila bas berkenaan secara tiba-tiba bergesel di jalan raya.

“Sebaik sahaja bas itu berhenti saya terdengar bunyi jeritan, saya perasan seorang wanita melambaikan tangan dan menjerit meminta tolong. Banyak darah ketika itu,” katanya.

Bas merah yang menjadi ikon kota London itu merentangi jalan raya, merosakkan sebahagian hadapan kedai perkakas dapur.

Paramedik bertungkus lumu smenyelamatkan penumpang yang cedera manakala anggota bomba terpaksa memoting beberapa bahagian bas itu untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurut Perkhidmatan Ambulans London mereka merawat 10 pesakit, di mana tiga daripadanya terpaksa dikejarkan ke hospital termasuk pemandu bas terbabit. – AFP, 10 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen