Netanyahu beri amaran keras kepada Hamas


Tujuh penduduk Palesntin terbunuh dalam pertempuran di sepanjang sempadan Gaza pada Jumaat dan Israel menggantung penghantaran minyak ke kawasan itu, menuduh Hamas menggunakan rusuhan itu untuk melindungi serangan kepada negara Yahudi itu. – Gambar EPA, 14 Oktober, 2018.

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu hari ini memberi amaran akan menyebabkan kesan buruk besar kepada Hamas selepas keganasan terbaru tercetus di Tebing Gaza yang dikawal kumpulan Islam itu.

“Hamas nampaknya tidak faham mesej- jika serangan ini tidak terhenti, ia akan dihentikan dalam ap acara sekalipun, dalam bentuk yang sangat-sangat besar”, katanya pada mesyuarat mingguan Kabinet.

Tujuh penduduk Palesntin terbunuh dalam pertempuran di sepanjang sempadan Gaza pada Jumaat dan Israel menggantung penghantaran minyak ke kawasan itu, menuduh Hamas menggunakan rusuhan itu untuk melindungi serangan kepada negara Yahudi itu. – AFP, 14 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen