PANDANGAN mengatakan bahawa bahaya untuk menjadi seorang lelaki Amerika di era kempen tanda pagar #MeToo selepas perdebatan hangat mengenai calon Mahkamah Agung Amerika Syarikat Brett Kavanaugh.
Namun kehangatan itu ditambah pula dengan kecaman sarkastik dari Presiden AS Donald Trump dan tweet pelik daripada seorang ibu yang terlalu risau.
Pada hari Kavanaugh bersumpah sebagai hakim rendah mahkamah ke mahkamah tinggi, seorang ibu, Pieter Hanson menyiarkan mesej di rangkaian media sosial yang membandingkan penderitaan ahli undang-undang itu- yang dengan tegas menafikan tuduhan pencerobohan seksual- dengan kehidupan anak lelakinya berusia 32 tahun.
Di bawah hashtag #HimToo, beliau berkata anaknya enggan meneruskan “kehidupan bujang kerana budaya tuduhan seksual palsu oleh feminis radikal yang kian memegang kapak untuk mengisar (lelaki).”
Bagi menyatakan bahawa beliau serius mengenai hal tersebut, Hanson turut menyiarkan gambar lelaki muda yang tampan, dengan senyuman malaikat di wajahnya di samping berpakaian seragam putih angkatan laut.
Hantaran itu segera menjadi tular, melahirkan beratus-ratus imej yang mengejek, dan kebanyakannya dilihat tidak mengambil serius terhadap kebimbangan-kebimbangan yang diungkap Hanson.
Pemuda itu, kini seorang veteran angkatan laut, bertindak balas memaparkan foto baru dirinya sendiri, dalam posisi sama namun berseluar jeans.
Beliau bagaimanapun mengambil sikap berlawanan daripada ibunya.
“Kadang-kadang orang yang kita cintai melakukan perkara-perkara yang menyakitkan kita tanpa dia sedari,” katanya. “Saya menghormati dan #BelieveWomen. Saya tidak akan pernah sokong #HimToo.”
Dalam satu siri penampilan TV, Hanson, yang disertai oleh saudaranya Jon, tidak mengambil hati mengenai apa yang berlaku.
Presiden AS sendiri mengambil tema yang sama awal bulan ini di hadapan pemberita di White House.
“Ia adalah masa yang sangat menakutkan bagi lelaki muda di Amerika, di mana anda boleh jadi bersalah atas sesuatu yang anda mungkin tidak lakukannya,” kata Trump, yang mengatakan dirinya turut menjadi sasaran pelbagai tuduhan pencerobohan seksual, yang dinafikan beliau.-14 Oktober, 2018.
Komen