Mayat 9 pendaki di gunung Nepal ditemukan, proses bawa keluar bermula


Anggota penyelamat menggunakan helikopter untuk membawa keluar mayat pendaki yang terbunuh dalam kejadian ribut di Gunung Murja, Nepal. – Gambar AFP, 14 Oktober, 2018.

PASUKAN penyelamat memulakan proses untuk membawa keluar mayat sembilan pendaki yang maut dalam kejadian ribut di Gunung Murja, Nepal semalam.

Sebuah helikopter digunakan untuk menurunkan empat penyelamat di kem yang digunakan oleh kesemua mangsa dari Korea Selatan itu dan Nepal itu.

Kesemua mangsa terbunuh akibat dibadai ribut kuat dan salji yang turut menyebabkan mayat mereka tercampak sehingga 500 meter dari kem itu.

“Semua sembilan mayat mangsa telah ditemukan dan kini proses untuk membawa keluar mayat sedang dilaksanakan,” kata Siddartha Gurung, juruterbang helikopter itu yang mengetuai misi tersebut.

Mayat kesemua mangsa iaitu lima rakyat Korea Selatan dan empat penduduk Nepal, akan dibawa ke Pokhara, sebuah hab pelancongan sebelum dibawa ke Kathmandu.

Kem ekspedisi itu musnah sepenuhnya akibat kejadian ribut yang melanda kawasan terbabit sejak Khamis lalu.

“Kawasan kem itu seperti diletupkan bom,” kata Dan Richards anggota pasukan penyelamat Global Rescue dari Amerika Syarikat. – AFP, 14 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen