PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump bersikap pesimis mengenai nasib wartawan Saudi Jamal Kashoggi yang hilang di konsulat Saudi di Istanbul dua minggu lalu.
Memberi respon semalam, beliau menyifatkan ia “tidak kelihatan terlalu baik” dan wartawan itu mungkin terbunuh.
Khashoggi, seorang penyumbang Washington Post dan penduduk tetap AS sering menulis kritikan terhadap Putera Mahkota Saudi Muhammad Mohammed bin Salman. Beliau hilang sejak memasuki konsulat negara itu di Istanbul pada 2 Oktober.
“Saya fikir kita sepatutnya sudah tahu sekarang. Itulah harapan awal kita, kita berharap supaya beliau tidak dibunuh, tapi mungkin itu tidak kelihatan terlalu baik ... daripada apa yang kami dengar,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.
Pihak berkuasa Turki berkata mereka percaya Khashoggi terbunuh di dalam konsulat dan dan bebeapa dakwaan yang dibocorkan kepada media bahawa beliau disiksa dan bahkan turut dipotong tubuh.
Namun, Arab Saudi tetap menegaskan beliau meninggalkan bangunan itu dengan selamat.
Kerusuhan terhadap kehilangannya mengancam hubungan antara Turki dan Saudi yang rapuh. Ia juga mengejutkan penyokong kerajaan itu di Barat dan mencemarkan pemulihan reformasi yang dipelopori putera mahkota itu.- AFP, 14 Oktober, 2018.
Komen