ANGKA kematian dalam serangan bom pada perhimpunan pilihan raya Afghanistan meningkat kepada sekurang-kurangan 22 orang, menurut pihak berkuasa pada Ahad, ketika knegara itu berdepan keganasan menjelang pilihan raya yang akan diadakan 20 Oktober.
Puluhan orang dilaporkan terbunuh atau cedera pada serangan berhubung pilihan raya parlimen di seluruh Afghanistan pada Sabtu berikutan kumpulan militan meningkatkan serangan terhadap pilihan raya berkenaan.
Motosikal membawa bahan letupan, diletupkan di tengah-tengah penokong Nazifa Yousefibek, calon wanita bagi wilayah timur laut Takhar, kata jurucakap gabenor Mohammad Jawad Hejri kepada AFP.
Kebanyakan daripada 22 yang terbunuh dan 36 orang cedera itu merupakan orang awam, katanya.
Pengarah kesihatan di wilayah berkenaan Hafizullah Safi meletakkan angka kematian lebih tinggi daripada 23.
Di wilayah barat Herat, dua lelaki bersenjata menyerang pejabat kempen calon di daerah Injeel, menyebabkan dua orang terbunuh, kata jurucakap gabenor wilayah berkenaan Jailani Farhad.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dan pengawal keselamatan terbunuh manakala dua lagi cedera.
Setakat ini sembilan calon pilihan raya di negara itu dibunuh, menurut Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya. – AFP, 14 Oktober, 2018
Komen