PASUKAN penyelamat pada Ahad cuba mengeluarkan mayat sembilan endaki yang terbunuh dalam ribut di Gunung Gurja Nepal.
Helikopter kini tiba di kawasan perkampungan di kaki gunung yang menjadi lokasi perkhemahan ekspedisi pendakian Korea Selatan apabila angin kencang dan salji menimbus sekaligus menyebabkan seluruh anggota pasukan ekspedisi itu terbunuh.
“Helikopter akan menurunkan empat pemandu arah di kawasan berkenaan dan mereka akan mengumpulkan mayat,” kata juruterbang helikopter Siddartha Gurung yang mengkoordinasikan misi mengeluarkan mayat mangsa.
Cubaan untuk sampai ke kawasan terpencil di pergunungan Dhaulagiri di wilayah Annapurna, Nepal, pada Sabtu terjejas akibat angin kencang.
Gurung bagaimanapun berjaya tiba ke lokasi dan menyifatkan keadaan itu sebagai satu kemusnahan.
“Kem pangkalan itu kelihatan seperti dibom,” kata Dan Richard dari Global Rescue, iaitu kumpulan bantuan berpangkalan di Amerika Syarikat yang akan membantu usaha mengeluarkan mayat itu.
Ekspedisi berkenaan diketuai oleh pendaki Korea Selatan berpengalaman Kim Chang-ho, yang pernah mendaki 14 gunung tertinggi di dunia tanpa bekalan oksigen.
Pakar mendaki gunung mempersoalkan bagaimana pasukan pendaki berpengalaman berdepan kejadian itu di kem pangkalan pada ketinggian 3,500 meter.
“Buat masa ini, kita masih tidak tahu bagaimana ini berlaku. Biasanya kamu tidak akan alami angin kencang pada ketinggian itu dan kem pangkalan biasanya memilih tempat yang selamat,” kata Richards. – AFP, 14 Oktober, 2018
Komen