Guam lengkap untuk berdepan ancaman Korea Utara, kata gabenor


Pangkalan tentera AS di Guam dilengkapi sistem THAAD yang dikatakan mampu menangani ancaman peluru berpandu.– Gambar EPA, 10 Ogos, 2017.

GABENOR Guam hari ini berkata wilayah Amerika Syarikat itu “lengkap” untuk menangani sebarang ancaman daripada Korea Utara dan memiliki infrastruktur mantap yang pernh mengharungi bencana gempa bumi dan ribut taufan, katanya selepas Pyongyang mengumumkan rancangan melancarkan peluru berpandu ke pulau terbabit.

Ancaman Korea Utara sejak beberapa tahun lalu menjadikan 162,000 penghuni pulau berkenaan tinggal bersama lebih 6,000 tentera AS yang berpangkalan di situ semakin kuat.

Gabenor Guam Eddi Calvo berkata pulau pasifik terpencil itu sudah biasa menjadi sasaran sejak Washington meletakkan aset ketenteraan di situ.

“Kita perlu faham walau dalam seribu satu senario kita perlu bersedia di mana Guam menjadi sasaran sejak berabad lalu, yang menjadi wilayah Amerika lengkap dengan aset ketenteraan strategik di lokasi yang paling dinamik.

“Kita bersedia dengan sebarang kemungkinan, begitu juga dengan komuniti AS yang lain,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai pertahanan Guam namun pulau terbabit menempatkan dua aset ketenteraan AS dan dilengkapi dengan sistem persenjataan canggih THAAD, yang mampu memusnahkan peluru berpandu balistik jarak pendek, sederhana dan antara benua.

“Cara ianya dibina – dengan gempa bumi pada 8.3 magnitud, taufan yang dahsyat – ia lengkap untuk menangani ancaman itu,” katanya.

Beberapa jam sebelum ini berlaku ketegangan antara pemimpin Korea Utara dan Presiden AS Donald Trump, Pyongyang berkata pihaknay sedang merancang untuk melancarkan empat peluru berpandu ke kepulauan pasifik.

Di ibu negeri Guam, Hagatna, penduduk tidak terkesan dengan retorik Pyongyang.

“Kalau ia nak berlaku ia akan berlaku,” kata seorang penduduk Loiue Joyce berhubung ancaman Korea Utara, ketika dia sedang membeli belah.

“Menakutkan?  Ya, tapi apa yang kami boleh lakukan? Kami tinggal di pulau kecil. Tiada tempat untuk sembunyi jika serangan berlaku.”

Guam yang merupakan salah satu kubu kuat tentera AS pernah menjadi pusat pelepasan pesawat pengebom B-52 yang menyerang Hanoi ketika perang Vietnam 1955-1975.

Selain kehadiran tentera, Guam turut bergantung kepada hasil pelancongan sebagai penjana ekonominya dan menarik lebih 1.5 juta pengunjung ke pantainya indah dengan pusat peranginannya yang mewah pada 2016. – AFP, 10 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen