Letusan gunung berapi Fuego berakhir


Letusan gunung berapi Fuego dijangka berakhir dalam tempoh beberapa jam lagi. – Gambar EPA, 14 Oktober, 2018

LETUSAN gunung berapi Fuego di Guatemala berakhir pada Sabtu, menurut sumber rasmi, selepas penduduk sekitar melarikan diri apabila letusan berlaku pada Jun lalu menyebabkan 190 orang terbunuh.

Bagaimanapun, letusan sederhana masih berlaku dengan asap setinggi 940 meter dari kawah, dan aliran lava berukuran 1,200 meter terus berlaku. 

“Kesemua aktivisi berkenaan dijangka berakhir dalam masa beberapa jam lagi,” menurut buletin agensi seismologi Guatemala, Insivumeh, tanpa menyatakan kemungkinan letusan dalam masa beberapa hari akan datang. 

Letusan terbaru berlaku pada Jumaat, memaksa 62 orang dipindahkan dan lebuh raya yang terletak pada jarak 3,763 meter dari gunung berkenaan, sepanjang 35 kilometer dari Guatemala City ditutup. 

Agensi pengurusan bencana Guatemala Conred berkata, dua lagi gunung berapi juga dalam pemerhatian. 

Gunung berapi Pacaya, terletak 20 kilometer dari ibu negara da gunung berapi Santiaguito, 117 kilometer dari barat Guatemala City menunjukkan peningkatan aktiviti. 

Letusan kuat gunung berapi Fuego pada 3 Jun lalu menyebabkan hujan batu, debu dan gas toksik ke beberapa perkampungan dan menyebabkan 190 orang maut manakala 235 orang masih hilang. – AFP, 14 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen