Turki dakwa Arab Saudi tak bekerjasama siasat wartawan hilang


Menurut menteri luarnya, sehingga kini penyiasat dan pendakwa raya masih belum dapat masuk Kedutaan Arab Saudi di Turki. – Gambar AFP, 13 Oktober, 2018.

MENTERI luar Turki hari ini menuduh Arab Saudi tak memberikan kerjasama dalam siasatan kehilangan wartawan Jamal Khashoggi di kedutaannya di Istanbul dan mendesak Riyadh memberikan kebenaran kepada penyiasat Turki.

“Kami masih belum terima kerjasama bagi memastikan siasatan lancar dan menjelaskan semua perkara. Kami mahu ia segera dilakukan,” kata Menteri Luar Mevlut Cavusoglu dipetik berkata agensi berita negara itu Anadolu, menambah yang Riyadh perlu membenarkan “pendakwa raya dan pakar Turki memasuki kedutaan”. – AFP, 13 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen