Pakatan namakan Azmin sebagai pengarah pilihan raya


Timbalan presiden PKR yang juga merupakan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hari ini diumumkan sebagai pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Ogos, 2017.

PAKATAN Harapan (PH) hari ini menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai pengarah pilihan raya bagi menerajui usaha menawan Putrajaya pada PRU14 yang dijangka berlangsung sebelum Ogos tahun depan.

Azmin akan menyertai Jawatankuasa Pilihan Raya yang dipengerusikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Selain Azmin, Mohamad Sabu turut dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi. Sementara itu, ahli Parlimen Ampang yang juga merupakan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin juga dilantik sebagai ketua angkatan wanita PH. – 10 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen