Air Canada hampir cetuskan nahas penerbangan terburuk dunia


Pesawat Air Canada Airbus A320 membawa 140 penumpang itu dibenarkan untuk mendarat di Landasan 28-Kanan di Lapangan Terbang San Francisco menjelang tengah malam 7 Julai 2017- tetapi juruterbang secara tidak sengaja memandu pesawatnya ke Pelepasan C di mana empat pesawat lain sedang menunggu giliran untuk berlepas. – Gambar EPA, 13 Oktober, 2018.

SEBUAH pesawat Air Canada yang hampir mendarat di sebuah landasan pelepasan dan bukannya landasan pendaratan di Lapangan Terbang San Francisco tahun lepas boleh menjadi “tragedi penerbangan terburuk dalam sejarah”, menurut laporan siasatan rasmi.

Pesawat Air Canada Airbus A320 membawa 140 penumpang itu dibenarkan untuk mendarat di Landasan 28-Kanan di Lapangan Terbang San Francisco menjelang tengah malam 7 Julai 2017- tetapi juruterbang secara tidak sengaja memandu pesawatnya ke Pelepasan C di mana empat pesawat lain sedang menunggu giliran untuk berlepas.

“Hanya beberapa kaki jarak yang menghalang ia berkemungkinan menjadi nahas penerbangan terburuk dalam sejarah,” kata Bruce Landsberg, naib pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional ketika mengumumkan laporan kejadian itu semalam.

“Pesawat terbabit turun ke altitud 100 kaki (30m) di atas tahap tanah dan terbang melepasi pesawat pertama di landasan penerbangan,” kata laporan.

“Krew penerbangan terbabit memulakan pelayaran pemusingan dan pesawat mencapai altitud minimum kira-kira 60 kaki dan terbang melepasi pesawat kedua di landasan sebelum mula mendaki naik,” tambahnya menambah yang tiada kecederaan dilaporkan berlaku kepada lima krew penerbangan atau 135 penumpang pesawat itu.

Laporan menyebut yang krew penerbangan tersilap mengenal pasti landasan pelepasan sebagai landasan pendaratan “disebabkan kurangnya pengetahuan krew mengenai penutupan landasan selari disebabkan mereka tidak menyemak secara berkesan notis maklumat penerbangan (Notam) sebelum penerbangan dan ketika taklimat pendaratan.”

Rakaman audio perbualan yang tegang antara pegawai kawalan trafik dan juruterbang Air Canada 759 dimuatnaik ke dalam talian tidak lama selepas kejadian. – AFP, 13 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen