Keluarga mendiang Prince tuntut Trump henti guna muziknya


Keluarga mendiang Prince mahu pasukan kempen Trump gugurkan lagu-lagu penyanyi itu dari senarai lagu perhimpunan mereka.– Gambar EPA, 13 Oktober, 2018.

KELUARGA penyanyi terkenal Prince menuntut Donald Trump untuk berhenti memainkan lagu-lagu mendiang di perhimpunan yang dianjurkan Presiden Amerika Syarikat itu. 

Ia berikutan tuntutan artis lain yang marah dan menuntut perkara sama daripada presiden AS yang penuh kontroversi itu.

“Pihak warisan Prince tidak pernah memberi kebenaran kepada Presiden Trump atau Rumah Putih memainkan lagu-lagu Prince dan meminta mereka berhenti menggunakannya dengan serta-merta,” kata pemuzik Omarr Baker dalam satu ciapan Twitter.

Kempen Trump tidak memberi respons kepada ketika ditanya untuk memberi komen.

Pasukan presiden dilaporkan menambah “Purple Rain,” sebagai salah satu lagu yang disukai Prince, ke dalam senarai lagu untuk dimainkan baru-baru ini dalam kempen pilihan raya yang diadakan sehingga tengah bulan November, termasuk di Mississippi minggu lepas.

Beberapa artis atau wakil mereka sebelum ini membuat bantahan terhadap Presiden AS itu yang memainkan lagu mereka di perhimpunan yang dianjurkan olehnya.

The Rolling Stones, Adele, Neil Young, R.E.M., Aerosmith, Queen dan George Harrison adalah antara artis lain yang bertindak membuat bantahan terhadap penggunaan muzik mereka di perhimpunan Republikan.

Keluarga penyanyi Itali, Luciano Pavarotti, salah satu daripada tenor yang paling terkenal di abad ke-20, juga turut mengkritik penggunaan rakaman nyanyian lagi"Nessun Dorma,” di perhimpunan Trump 2016.

Tetapi semasa sesi soal jawab di Twitter dua tahun lalu, frontman Rolling Stones, Mick Jagger dipetik sebagai berkata tidak ada yang boleh dilakukan di bawah undang-undang AS untuk menghentikan Trump memainkan muziknya.

“Jika anda berada di tempat awam seperti Madison Square Garden atau teater, anda boleh memainkan apa-apa muzik yang anda mahu, dan anda tidak boleh menghentikannya. Jadi, jika anda menulis lagu dan seseorang memainkannya di sebuah restoran yang anda pergi, anda tidak boleh menghentikannya, mereka boleh mainkan apa sahaja yang mereka mahu, “Daily Beast memetiknya sebagai berkata.

Walaupun undang-undang AS membenarkan seorang artis meminta muziknya untuk tidak dimainkan di kempen politik, namun tidak ada sebarang peruntukan undang-undang yang boleh diambil sebagai tindakan lanjut.

Penyanyi Prince meninggal dunia ketika beliau berusia 57 tahun pada bulan April 2016 akibat pengambilan ubat penahan sakit yang tidak disengajakan. Beliau tidak zuriat dan balu, sehingga kini adik-beradiknya yang bertanggungjawab menjaga harta warisannya.– AFP, 13 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen