OBJEK disyaki sebutir bom tinggalan perang dunia kedua ditemui pada Khamis di loji nuklear Fukushima kata pihak berkuasa, dan polis dikejarkan ke lokasi untuk siasatan.
Objek berukurn 85 sentimeter itu dipercayai sebutir bm yang tidak meletup digugurkan tentera Amerika Syarikat ketika perang, ditemui pekerja binaan di kawasan parkir berhampiran reaktor, kata jurucakap syarikat yang menguruskan Fukushima, Tokyo Electric Power Co (Tepco).
Tepco bertindak menghubungi pihak polis sebaik sahaja penemuan objek itu, dan menangguhkan kerja pembinaan serta menutup satu kilometer sekitar kawasan reaktor, tambahnya.
Bagaimanapun operasi memusnahkan objek itu tidak memberi kesan terhadap reaktor berkenaan yang sudah tidak berfungsi sejak Mac 2011 akibat tragedi tsunami yang terhasil akibat gempa bumi.
Media Jiji Jepun melaporkan, polis memanggil pakar pemusnah bom daripada tentera Jepun.
Bom AS yang masih belum meletup sering dtemui di Jepun sejak lebih 70 tahun selepas konflik 1945 tamat, terutamanya di selatan kepulauan Okinawa yang menjadi lokasi pertumpahan darah paling dahsyat ketika perang.
Di kawasan Fukushima merupakan lokasi pangkalan udara tentera Jepun ketika itu dan ia sering menjadi sasaran serangan bom tentera AS.
Penutupan loji Fukushima pada 2011 merupakan kemalangan paling dahsyat sejak kejadian di Chernobyl pada 1986.
Tepco dan kerajaan Jepun berdepan kerja-kerja pembersihan loji berkenaan sejak empat dekad lalu, manakala puluhan ribu penduduk masih dipindahkan akibat kesan radiasi yang tinggi.– AFP, 10 Ogos, 2017.
Komen