Israel sekat penghantaran minyak ke Gaza


Israel menggantung penghantaran minyak ke Gaza semalam sebagai tindakan balas terhadap keganasan di sempadan semalam hingga menyebabkan tujuh rakyat Palestin maut. – Gambar AFP, 13 Oktober, 2018.

ISRAEL menggantung penghantaran minyak ke Gaza semalam sebagai tindakan balas terhadap keganasan di sempadan di mana Kementerian Kesihatan Hamas mendakwa menyebabkan tujuh rakyat Palestin maut.

Tentera Israel berkata lima ditembak selepas memecah masuk menerusi pagar sempadan dan menyerang pos tentera.

Tetapi Kementerian Kesihatan Gaza berkata tujuh rakyat Palesti terbunuh sementara ribuan penunjuk perasaan menuju ke sempadan Israel yang dikawal ketat.

Katanya, empat mati di tengah Gaza, dua di timur Gaza City dan seorang lagi di Rafah, selatan Gaza.

Antara yang dinamakan terkorban ialah Mohammed Abbas, yang ditembak mati.

Semua mangsa lelaki berusia antara 17 dan 29 tahun.

Jurucakap tentera Israel Jonathan Conricus berkata kira-kira 20 rakyat Palestin merentasi sempadan dalam “serangan terancang” selepas satu bahan letupan memusnahkan sebahagian pagar itu.

Dalam respons terhadap keganasan itu, Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman mengarahkan penghantaran minyak ke kawasan Palestin digantung.

Empat tangki minyak Israel menghantar minyak ke Gaza pada pagi Jumaat sebelum keganasan berlaku. – AFP, 13 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen