Dalian Wanda jalani penstukturan semula, jual kepentingan dalam Wanda Hotel


Dalian Wanda Group yang dimiliki Wang Jianlin salah seorang lelaki terkaya di China kini menerima tekanan hebat daripada pihak berkuasa China selepas proses pengambil alihan besar-besaran syarikat itu diseluruh dunia menyebabkan krisis aliran keluar kapital China. – Gambar EPA, 10 Ogos, 2017.

SAHAM Wanda Hotel, syarikat tersenarai di Hong Kong milik gergasi China yang kini bermasalah, Dalian Wanda, meningkat hari ini selepas ia mengumumkan untuk membeli aset bernilai lebih daripada AS$1 bilion daripada pengerusi kumpulan itu, Wang Jianlin.

Pelan penstukturan besar-besaran itu akan menyaksikan Wanda Hotel Development mengambil alih Wanda Travel- yang menumpukan perniagaan taman hiburan- untuk 6.3 bilion yuan (AS$940 juta), dan Wanda Hotel Managament dengan bayaran 750 juta yuan.

Syarikat itu sudah mempelbagaikan cabang perniagaannya sejak beberapa tahun lepas yang bermula sebagai syarikat hartanah komersial kepada industri hiburan, taman tema, sukan dan pelbagai sektor lain, dan kini dilaporkan berdepan dengan kesukaran membayar hutang disebabkan proses pengambil alihan asing berprofil tinggi sebelum ini.

Saham Wanda Hotel naik lebih 20% pada pagi hari ini dengan nilai HKD 1.41 (AS$0.18 sen) susulan pengumuman penstukturan semula itu.

Penstukturan semula itu berlaku ketika Dalian Wanda Group sedang disiasat pihak berkuasa China.

Bulan lepas, Dalian Wanda mengumumkan penjualan 76 hotel dan hampir semua pegangan dalam 13 projek berkaitan pelancongan kepada Sunac China Holdings dengan nilai AS$9.3 bilion yang merupakan urus niaga hartanah terbesar di China, menurut Bloomberg News.

Dilaporkan pada Julai lepas, pihak berkuasa merancang untuk menekan syarikat gergasi itu dengan menyekat pinjaman baru dan mengawal selia kelulusan untuk urus niaganya, sebagai hukuman kerana melanggar syarat pelaburan di luar negara.

Tindakan itu mewujudkan halangan besar kepada syarikat itu yang merupakan antara pemain industri paling agresif yang melakukan proses pengambil alihan di seluruh dunia.

Seorang jurucakap Dalian Wanda Group berkata yang rancangan penstukturan semula itu akan menyaksikan Wanda Hotel melupuskan kepentingannya dalam empat projek hartanah luar negara kepada Dalian Wanda Commercial.

“Wanda Hotel Development akan menjadi platform strategic sementara Wanda Group yang disenaraikan di pasaran saham Hong Kong akan menumpukan kepada taman tema dan operasi dan pengurusan hotel,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. – AFP, 10 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen